fbpx

Selangor FC tergamam, KL City kuasai derbi Lembah Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Kuala Lumpur City FC, Haqimi Azim Rosli (dua kiri) melakukan tendangan bola ke arah gawang gol Kuala Lumpur City FC pada perlawanan Liga Super antara Kuala Lumpur City FC menentang Selangor FC di Stadium Kuala Lumpur malam ini. FOTO - FARIZ RUSADIO/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Momentum cemerlang pasukan Selangor FC pada kempen Liga Super musim ini akhirnya ‘terhenti’ seketika susulan tewas 0-1 kepada Kuala Lumpur City (KL City) dalam aksi di Stadium Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad Gergasi Merah kendalian Nidzam Jamil membariskan kesebelasan terbaik dengan menyenaraikan Ronnie Fernandez, Alvin Fortes, Yohandry Orozco dan Noor Al Rawabdeh dalam kesebelasan Utama.

Namun, tuan rumah terlebih dahulu menguji benteng pelawat tetapi tandukan yang dilakukan oleh Zhafri Yahya dapat ditepis penjaga gol, Sam Sommerville pada minit ke-12.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi ketumpulan jentera serangan menyaksikan kedudukan 0-0 kekal pada tamat babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, Selangor FC tidak menunggu lama untuk menguji The City Boys dan kini giliran Fernandez untuk melakukan rembatan tetapi dinafikan penjaga gol, Azri Ghani.

KL City yang mempamerkan taktikal serangan balas pantas akhirnya membolosi gawang skuad Merah Kuning hasil penyudah cantik pemain import, Jovan Motika pada minit ke-62.

Peluang terbaik Selangor untuk menyamakan kedudukan hadir menerusi ledakan pemain gantian, Aliff Haiqal Lau berselang 10 minit kemudian tetapi masih gagal menerjah gawang tuan rumah.

Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan dengan Selangor FC kekal dengan sembilan mata manakala KL City meraih lapan mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI