fbpx

1,581 kes baharu, negara catat 100,318 kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Jumlah kes jangkitan Covid-19 negara mencecah 100,318 selepas melaporkan sebanyak 1,581 kes baharu dengan kes tertinggi kekal dicatatkan di Selangor sebanyak 491.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat empat kluster baharu iaitu Kluster Kebun Baru, Kluster Sungai Burong, Kluster Tapak Bina Jalan Tun dan Kluster Jalan Pandan dilaporkan.

“Berikutan situasi peningkatan kes Covid-19 dalam negara yang telah mencapai jumlah sebanyak 100,318 kes, masyarakat dinasihatkan untuk lebih berwaspada dan berhati-hati dalam mengurangkan risiko penularan jangkitan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, dua lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan di Sabah membabitkan dua warganegara menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 446.

Pada masa sama, beliau berkata, sebanyak 1,085 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 81,099 setakat hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI