fbpx

[VIDEO] Pesawat ‘mengiring’ sebelum mendarat sewaktu ribut di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video berkenaan.

LANGKAWI – Penduduk Langkawi memuji tindakan juruterbang yang mengiringkan badan pesawat itu ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) di sini ketika cuaca angin kencang dan ribut petang ini.

Video pendaratan pesawat Firefly Airlines itu yang dikatakan menggunakan teknik ‘crosswind landing’ tular di Facebook Langkawi Kini, sebentar tadi.

“Kejadian di Langkawi semasa ribut tadi. Padu betul juruterbang Firefly Airlines, jarang-jarang dapat tengok. Agak-agak macam mana perasaan penumpang dalam tu ya? Tahniah captain (kapten) mendarat 10/10, Alhamdulillah,” tulisnya.

Rata-rata orang ramai menyifatkan juruterbang tersebut hebat, malah tidak kurang juga menzahirkan rasa kesyukuran susulan pesawat berjaya mendarat dengan selamat.

“Padu juruterbang turun menyenget,” puji Ibni Zaba.

“Ini yang dengar tadi, tengah ribut kuat, dia turun dengan selamat, Alhamdulillah. Suami pun kata hebat kapal tu,” kata Fazilah Ahmad.

Saya dengar bunyi kapal terbang, rasa tak boleh turun sebab masa tu memang ribut, dalam dua minit lepas itu dengar dah mendarat kata kat adik, Alhamdulillah selamat,” ujar Asmah Che Adnan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI