fbpx

Felda diberi amaran tidak terlibat salah laku, rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) ketika menghadiri Majlis Perasmian sambutan Hari Peneroka Felda 2024 Peringkat Kebangsaan di MAEPS Serdang, hari ini.

SERDANG – Pihak pengurusan Felda atau sesiapa sahaja yang terkait dengan agensi itu diingatkan agar tidak terjebak dengan salah laku dan rasuah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak teragak-agak mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan terhadap pelaku terlibat.

“Ketua Audit Negara, SPRM jalankan kerja, jangan kira siapa termasuk ke atas Felda. Saya beri peringatan kepada Felda supaya tidak terjebat dengan salah laku dan rasuah. Siapa salah, jaga! Tindakan akan diambil.

“Kita lakukan ini kerana nak selamatkan rakyat dan negara ini,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda 2024 peringkat kebangsaan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau turut mengingatkan untuk menerapkan semangat hijrah, tinggalkan segala keburukan dan tingkatkan kecekapan dalam pengurusan Felda.

Anwar juga menegaskan bahawa tender berkaitan Felda tidak boleh diuruskan atau diberikan kepada anak, menantu dan kroni.

“Semua tender kerajaan termasuk Felda, FGV dan koperasi, biar betul-betul telus supaya jangan ada usaha menyakau wang rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI