fbpx

Anak Ben Affleck ‘arah’ White House kekal berpelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ben Affleck dan anak perempuannya, Violet Affleck.

ANAK pasangan pelakon Ben Affleck dan Jennifer Garner, Violet Affleck, 18, membantah tindakan Lembaga Penyelia Daerah Los Angeles, Amerika Syarikat yang mengarahkan larangan pemakaian pelitup muka di bangunan kerajaan.

Violet turut meminta supaya pemakaian pelitup muka tetap diteruskan di hospital selain minta sistem pengudaraan bersih di penjara dan pusat tahanan.

“Apa yang ingin saya tegaskan sekarang ialah pengambilan ubat-ubatan tidak selalu menjadi penyelesaian kepada penularan virus.

“Lihat apa yang berlaku kepada wabak Covid-19 yang menular melalui udara. Satu daripada 10 jangkitan membawa kepada Covid berpanjangan yang mampu mengakibatkan penyakit saraf dan kardiovaskular.

“Hal itu akan mengakibatkan kehilangan keupayaan untuk bekerja, bergerak, melihat bahkan berfikir,” katanya dalam ucapan bantahan terhadap tindakan Lembaga Penyelia Los Angeles.

Tindakannya itu kemudian tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi masyarakat setempat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI