fbpx

Terengganu bersedia jadi perintis industri nyahkarbon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi (kanan) dan Ahmad Samsuri (dua dari kanan) keluar selepas selesai Sesi Libat Urus Pelaksanaan CCUS di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Sektor Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) yang dijangka menjadi sumber baharu pendapatan negara dijangka bermula pada tahun hadapan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, rang undang-undang mewujudkan industri tenaga diperbaharui tersebut akan dimuktamadkan di Parlimen pada November depan.

“Itu (Rang Undang-Undang Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon) akan melahirkan industri CCUS di Malaysia.

“Perbincangan dengan pelabur-pelabur dan pelanggan antarabangsa yang akan menggunakan CCCUS sedang berjalan dan besar kemungkinan akan dimuktamadkan dalam tahun 2025,” katanya selepas mengadakan Sesi Libat Urus Pelaksanaan CCUS dengan kerajaan negeri Terengganu di sini hari ini.

Rafizi berkata, Terengganu merupakan salah satu negeri peneraju yang akan terlibat dalam sektor CCUS terbabit selain Sarawak, Sabah dan Pahang.

Jelas beliau, Terengganu berpotensi tinggi kerana sudah mempunyai fasiliti diperlukan untuk sektor baharu tersebut iaitu telaga-telaga minyak yang telah kosong di luar pesisir pantai negeri itu serta terminal penapisan milik Petronas di Kertih, Kemaman.

“Kita melihat potensi sedia ada di Kertih itu untuk dikembangkan melebihi industri berasaskan petrokimia dan minyak sedia ada.

“Ia dapat dikembangkan kepada industri-industri berat yang baharu menggunakan CCUS sebagai pemangkin kemajuan,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perbincangan awal telah diadakan dengan Petronas bagi membolehkan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) turut terlibat dalam projek perintis CCUS berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI