fbpx

Empat individu termasuk pasangan influencer disambung reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan suami isteri pempengaruh popular dibawa pegawai SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.- Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambung reman empat individu termasuk pasangan suami isteri yang merupakan pempengaruh kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.

Perintah sambung reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 16 Julai dikeluarkan oleh Majistret Siti Zahirah Zaidon.

Permohonan itu dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya berikutan tempoh asal reman kesemua suspek tamat pada hari ini.

Pada 10 Julai lepas, SPRM telah menahan kesemua suspek kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.

Menurut sumber, kesemua suspek iaitu tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 20-an hingga 30-an ditahan kira-kira antara pukul 6.30 petang hingga 11 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Susulan penahanan itu, kesemua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada 11 Julai lepas dan perintah reman selama empat hari sehingga hari ini telah dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

“Suspek yang merupakan pasangan suami isteri dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak 2020 dengan menyeleweng kutipan derma yang tidak disalurkan dengan cara yang betul.

“Dianggarkan kutipan derma terbabit mencecah kira-kira RM3 juta dan siasatan masih diperingkat awal dan pada masa yang sama, dua lagi suspek turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes yang sama,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan sambungan tempoh reman tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI