fbpx

‘Mohon senarai nama ustaz, ustazah bertauliah, elak penunggang agama’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
USTAZ

PETALING JAYA – Sejak kebelakangan ini, pelbagai dakwaan dikaitkan dengan golongan pendakwah termasuk ada yang dikatakan gemar berkongsi hadis lemah dan berkelakuan tidak sopan.

Sehubungan itu, orang ramai mencadangkan pihak berwajib terutama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menyenaraikan nama pendakwah bertauliah dan mereka yang boleh dirujuk di setiap negeri.

Cadangan itu disuarakan menerusi hantaran yang dimuat naik pengguna selepas tular isu seorang ‘ustaz’ memaksa wanita mengaktifkan kamera sebelum dibenarkan menyertai sesi pembetulan ayat al-Quran dalam satu sesi siaran langsung di TikTok.

Dakwa ‘ustaz’ itu, arahan tersebut bertujuan untuk melihat pergerakan bibir wanita terbabit agar sebutan huruf lebih menepati syarak.

Namun begitu, wanita tersebut tetap memilih untuk tidak mengikuti permintaan supaya dia menunjukkan wajahnya di dalam sesi berkenaan.

Wanita itu malah merayu ustaz yang dia mahu menyemak bacaan surah al-Fatihah tanpa membuka kamera kerana ada peserta sebelumnya yang boleh berbuat sedemikian.

Walau bagaimanapun, ramai mempersoalkan kredibiliti ‘ustaz’ tersebut serta cara beliau memberi tunjuk ajar terutamanya kepada golongan wanita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI