fbpx

Puteri Norway diganggu hantu jeneral Nazi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 21 September 2021 menunjukkan Puteri Martha Louise di Istana di Oslo. – AFP

OSLO – Kerabat diraja Norway, Puteri Martha Louise percaya bahawa beliau diganggu oleh hantu jeneral Nazi, lapor laman berita Geo News hari ini.

Puteri Raja Harald itu bercerita tentang kisah menyeramkan yang berlaku pada waktu malam di mana beliau ketakutan apabila  melihat seorang  ‘lelaki merenung dirinya.’

Dia memberitahu laman podcast Modern Royalty: “Apabila saya berpindah ke bilik ini, saya menjadi sangat takut pada kegelapan dan  ada seorang lelaki asyik merenung saya.

“Saya memberitahu semua orang. Setiap malam, pengasuh atau ibu bapa saya akan memeriksa di balik langsir, menariknya ke belakang dan berkata, lihat, tidak ada sesiapa di sebalik tirai ini. Tiada sesiapa di sini,” katanya.

Louise berkata, dia menceritakan pengalaman seramnya  dengan Raja Harald dan ayahandanya menjawab: “Oh, itu bilik di mana seorang jeneral Nazi mengambil nyawanya sendiri.”

Jeneral Waffen SS, Wilhelm Rediess menembak dirinya sendiri di dalam bilik tidur tersebut.

Menurut Louise, beliau kemudian berkata di dalam hati: “Baru sekarang awak beritahu saya perkara ini?”

Puteri Martha Louise merupakan pewaris keempat takhta Norway, namun melepaskan tugas dirajanya kerana masalah dengan suaminya dan monarki. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI