fbpx

Kerajaan lulus RM31.7j untuk program SejaTi Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

SERDANG – Kerajaan meluluskan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda bagi Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi Madani).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata, bantuan itu diharap dapat memberi impak positif kepada komuniti Felda.

“Penglibatan Felda dalam SejaTi Madani merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti.

“Sehubungan itu, komuniti diberi kebebasan bermusyawarah untuk memutuskan sektor tumpuan seperti pertanian dan makanan, jahitan dan kraftangan, herba dan kesihatan, pelancongan dan hospitaliti serta aktiviti hijau dan kitar semula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang di sini, hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI