fbpx

Esok, Dayana Roza akan bergelar isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dayana Roza

PETALING JAYA – Pelakon Dayana Roza mengesahkan bahawa bakal mengakhiri zaman bujang bersama jejaka pilihannya yang juga seorang ahli perniagaan esok.

Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Bahari, 29, mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

“Benar saya akan menikah pada pagi esok,” jawab pelakon drama Cinta Bukan Kristal itu ringkas.

Sementara itu, pengurusnya, Ainaliza memberitahu, majlis pernikahan Dayana bakal diadakan di Masjid Negara sekitar pada pukul 8.30 pagi.

“Majlis pernikahan akan dilakukan esok di Masjid Negara. Saya sendiri pun tidak dapat pergi kerana terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang menghadkan jumlah tetamu. Cuma saudara-mara terdekat sahaja yang dibenarkan untuk hadir.

“Insya-Allah majlis resepsi nanti akan dibuat pada 10 Januari tahun hadapan,” katanya ketika dihubungi.

Malam tadi, menerusi Instagram milik pelakon tersebut, Dayana dilihat menghadiri sebuah parti bujang (bachelorette party) sempena meraikan dirinya yang bakal bergelar isteri orang.

Beberapa keping foto yang dikongsikan Dayana turut menunjukkan beberapa kenalan selebriti dilihat hadir mengenakan pakaian dengan tema pijama.

Antara rakan selebriti yang dilihat hadir pada parti tersebut termasuklah pelakon Zulin Aziz dan Datin Elvina Mohamad.

Terdahulu, pada 5 Ogos lalu, Dayana telah mengikat tali pertunangannya dengan seorang ahli perniagaan, A’dale Adham Ayahudin, 33, dalam satu majlis yang diadakan di Damai Glkass House, Kuala Lumpur.

Dayana dan A’dale mengikat tali pertunangan selepas mereka berkawan sejak enam tahun lalu. Malah, pelakon kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur itu juga mendakwa pernah dilamar lelaki sama empat tahun lalu, namun ketika itu dia belum bersedia ke arah hubungan lebih serius. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI