fbpx

Serang zon selamat di Palestin tidak hormat nyawa manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wisma Putra.

PUTRAJAYA – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman berterusan rejim Israel, termasuk tindakan tebaharu melancarkan serangan udara ke atas kem pelarian al-Mawasi semalam.

Serangan berkenaan mengorbankan nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa, termasuk wanita dan kanak-kanak, dan mencederakan ratusan orang yang lain.

Menurut Kementerian Luar (KLN), serangan yang keji dan tidak berperikemanusiaan ini berlaku di zon ‘selamat’ yang telah ditetapkan oleh Israel sendiri untuk rakyat Palestin.

“Ini jelas merupakan suatu pengabaian dan tindakan tidak menghormati nyawa manusia.

“Ia juga bercanggah dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KLN berkata, Malaysia kekal dengan sokongan teguh terhadap rakyat Palestin dan menolak sekeras-kerasnya keganasan dan kekejaman berterusan yang dilakukan oleh rejim Israel.

Katanya, keganasan yang berterusan ini secara jelas melanggar Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2735 (2024).

Resolusi itu menyeru untuk menghentikan segera peperangan, melindungi penduduk awam dan memberi akses bantuan kemanusiaan tanpa halangan di Gaza.

“Masyarakat antarabangsa perlu mengambil tindakan segera dan tegas untuk mengakhiri keganasan ini.

“(Ini termasuk) menuntut pemimpin-pemimpin Israel untuk bertanggungjawab ke atas jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI