fbpx

PKPD Taman Telipok Ria tamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Telipok Ria, Tuaran yang bermula pada 27 November lalu diisytiharkan tamat hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga 22 Disember lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan sebanyak 9,065 ujian saringan dan secara kumulatif sebanyak 806 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“Walaubagaimanapun, KKM mengesahkan baki kes aktif di lokaliti ini adalah semakin terkawal dan menunjukkan trend penurunan.

“Atas nasihat KKM, satu sidang khas yang diadakan semalam telah bersetuju untuk menamatkan PKPD di Taman Telipok Ria, Tuaran, Sabah bermula hari ini seperti yang dijadualkan,”katanya pada sidang akhbar harian hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, Ismail Sabri berkata, seramai 90,800 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa mulai 24 Julai sehingga semalam.

“Daripada jumlah itu, seramai 7,282 individu sedang menjalani kuarantin wajib di 79 Hotel dan 16 premis lain termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta di seluruh negara.

“535 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 82,983 individu dibenarkan pulang ke rumah,” jelas beliau.

Tambahnya, setakat semalam, seramai 567 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara dan kesemuanya telah dikuarantin wajib di stesen kuarantin seluruh negara. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI