PETALING JAYA – Meskipun baru berusia lima tahun, pelakon Anzalna Nasir menyifatkan anak lelakinya, Mohamad Eidrees sebagai seorang insan penyayang.
Kata Anzalna atau nama asalnya Nur Anzalna Md. Nasir, 36, bukan hanya kental dengan sikap pengasih, Eidrees juga bijak melayani ibunya dengan penuh kasih sayang.
“Alhamdulillah, Allah kurniakan anak sulung lelaki yang sangat penyayang. Selalu belai rambut, peluk dan cium mommy dia.
“Setiap malam sebelum tidur akan cium, peluk dan suruh mimpi dia.
“Sangat romantik! Selalu bagi saya bunga hiasan dalam rumah,” katanya menerusi Instagram.
Selain penyayang, kakak kepada pelakon Afifah Nasir itu turut memaklumkan anak sulungnya itu sangat pemurah.
“Paling penting tidak pernah kedekut. Selalu belanja mommy dia.
“Kalau buka dompet, dia selalu bagi saya duit untuk beli-belah walaupun duit tidak seberapa tetapi niat dia yang baik buat saya terharu.
“Kadang-kadang dia buat duit dia dalam tong sampah sebab fikir kertas kosong. Anak oh anak,” selorohnya.
Melihat layanan yang diberikan, Anzalna tidak sabar menunggu anak bujangnya itu dewasa.
“Sumpah tidak sabar nak tunggu dia besar walaupun baru berusia lima tahun tetapi dia boleh berfikir apa yang boleh membahagiakan mommy dia.
“Saya sayang awak sangat Eidrees. Terima kasih selalu manjakan mommy,” tutur pelakon drama Love You Mr. Arrogant itu.
Selain Eidrees, Anzalna mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Mohamad Emirhan yang kini berusia dua tahun.
Anzalna dan usahawan, Mohamad Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 2016. – KOSMO! ONLINE