NEW YORK – Manusia paling kaya di dunia, Elon Musk mendesak ketua Perkhidmatan Rahsia(SS) dan ketua penyelarasan keselamatan meletak jawatan susulan insiden percubaan membunuh bekas presiden Donald Trump, lapor laman berita News Max hari ini.
“Ketua SS dan ketua penyelarasan keselamatan untuk Trump perlu meletak jawatan,” kata Musk di platform X selepas serangan itu.
Beliau menyertakan bersama klip video seorang saksi yang memberitahu wartawan Perbadanan Penyiaran Britain(BBC) bahawa dia telah memberi amaran kepada SS terdapat seorang lelaki bersenjatakan raifal di atas sebuah bumbung berdekatan perhimpunan kempen Trump
Ketua SS ialah Kimberly Cheatle. Beliau bertanggungjawab kepada Setiausaha Jabatan Dalam Negeri dan Keselamatan, Alejandro Mayorkas.
Pada Disember tahun lalu, Mayorkas enggan memberikan perlindungan SS kepada calon pilihan raya presiden, Robert F. Kennedy Jr. semasa kempennya walaupun ayah dan bapa saudara Kennedy Jr. mati akibat dibunuh. – AGENSI