fbpx

Cadang akta baharu lebih setimpal hukum pembuli siber – Gobind

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gobind singh

PETALING JAYA – Kementerian Digital mencadangkan satu undang-undang baharu yang perlu dipertimbangkan bagi meletakkan tanggungjawab ke atas pemilik platform media sosial melibatkan kes penyalahgunaan termasuk buli siber.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, signal jelas perlu dihantar bagi menunjukkan bahawa kerajaan serius dalam mencari jalan penyelesaian untuk permasalahan tersebut dan semua pihak yang berkaitan mempunyai peranan penting bagi tujuan itu.

Katanya, beliau bersama Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said membangkitkan mengenai isu buli siber tersebut ketika mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lalu.

Sementara itu, Gobind menambah, undang-undang sedia ada khususnya Akta Komunikasi dan Multimedia, Kanun Keseksaan serta Akta Jenayah Komputer sememangnya wujud dan boleh dikuatkuasakan.

“Kami perlu pastikan platform yang didirikan adalah selamat dari sudut keselamatan siber, perlindungan data peribadi, dan yang penting sekali ia tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak.

“Kes-kes buli siber mesti dipandang serius dan ditangani dengan segera. Kita harus memastikan bahawa undang-undang digubal untuk mengelak daripada berlakunya sebarang penyalahgunaannya dan sekiranya berlaku, tindakan pantas harus diambil,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Peguam Muhammad Amin Abdullah berkata, ketika ini kesalahan buli siber boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 de­ngan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, beliau berpandangan bahawa hukuman tersebut tidak setimpal dengan kesalahan buli siber disebabkan kesannya berpanjangan dan memudaratkan mental serta reputasi mang­sa buli.

Terdahulu, seorang pempengaruh, A Rajeswary atau Esha maut dipercayai menjadi mangsa buli di TikTok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI