fbpx

Budak 6 tahun diperkosa dalam bilik kongsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dipercayai dirogol seorang lelaki di bilik kongsi di Kawasan Perindustrian di Gua Musang kelmarin. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dipercayai dirogol seorang lelaki di sebuah bilik rumah kongsi Kawasan Perindustrian di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada waktu tengah hari itu, mangsa berada dalam bilik kongsi lelaki terbabit dijumpai oleh penduduk setempat.

Seorang sumber yang enggan dikenali berkata, kejadian disedari ibu mangsa apabila dimaklumkan lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu yang membawa anaknya ke bilik kongsi tersebut.

Katanya, ibu mangsa dihubungi seorang rakan dan memaklumkan anaknya bersama lelaki itu.

“Sebelum ini, lelaki itu dikatakan sering membawa mangsa bersiar-siar dan membeli makanan ringan sebelum menghantarnya pulang ke rumah.

“Kejadian itu sangat mengejutkan kami kerana suspek juga dikenali oleh penduduk di kawasan ini,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI