fbpx

Selangor sasar 50,000 usahawan sertai PLATS tahun hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika berucap pada Malam Anugerah Platform Selangor (MAPS) 2024 kelmarin.

PETALING JAYA – Kerajaan Selangor menyasarkan 50,000 usahawan menyertai program Platform Selangor (PLATS) di bawah kelolaan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) tahun hadapan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sasaran itu yakin dicapai kerana sehingga akhir Jun lalu lebih 37,000 usahawan perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) telah berdaftar dengan PLATS.

Beliau berkata, PLATS mula diperkenalkan pada Ramadan 2022 ketika negara dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bermula dengan jumlah 500 ahli, seramai 133 daripadanya kekal dalam PLATS iaitu platform promosi dan direktori digital yang dibangunkan kerajaan Selangor bagi membantu peniaga mikro, penjaja serta peruncit kecil mendigitalkan perniagaan, di samping mengatasi cabaran ekonomi disebabkan pandemik Covid-19.

“Menerusi Bazar Ramadan Digital pertama bermula pada 2021, ramai usahawan tertarik kerana PLATS kerana membenarkan golongan itu berniaga, mempromosikan gerai dan kemudahan yang ada melalui platform digital,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pada majlis Malam Anugerah Platform Selangor (MAPS) 2024 kelmarin.

Pada majlis tersebut seramai 12 individu dipilih sebagai peserta terbaik berdasarkan pencapaian mereka sepanjang menjalani program latihan usahawan PLATS mewakili 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Beberapa anugerah lain turut disampaikan antaranya Anugerah Usahawan Mikro Komuniti, Anugerah Usahawan Mikro Inovasi, serta Anugerah Usahawan Mikro Negeri Selangor.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, kerajaan negeri turut memperuntukan RM5 juta pada tahun ini bagi membantu para usahawan yang terlibat.

Malah katanya, Selangor akan terus mengupayakan, memperkasakan dan memberdayakan kelompok peserta PLATS yang berpotensi untuk ditransformasikan kepada mereka yang mahir digitalisasi.

“PLATS tidak akan terhenti begitu saja dan kira akan terus menawarkan kemudahan termasuk tawaran pinjaman untuk memulakan perniagaandan pada masa sama kita memberikan bantuan dan geran digitalisasi.

“Kita memperoleh maklum balas baik kerana ia bukan hanya terhasil melalui inisiatif kerajaan negeri atau kehendak peniaga tetapi saya lihat ketersediaan pasaran yang di Lembah Klang dan daerah Hulu Selangor antara paling tinggi berkembang dan ini satu petunjuk sangat baik PLATS berkembang baik seperti dharapkan.

“Kita bukan mahu mengambil pasaran e-hailing tetapi sebaliknya memastikan kolaborasi dengan semua memastikan semua dapat menjadi platform pemasaran kepada produk yang lain,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI