fbpx

Cubaan bunuh Trump, tembakan dilepaskan semasa kempen Republikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trump dibawa turun dari pentas semasa perhimpunan semalam di Butler, Pennsylvania.

WASHINGTON – Bekas presiden Donald Trump dibawa keluar dari pentas beberapa minit selepas berucap pada kempennya di Pennsylvania semalam, susulan bunyi kuat seperti tembakan kedengaran.

Trump kini selamat dan dijangka terus hidup, demikian menurut dua pegawai kanan keselamatan yang diberikan taklimat tentang perkara itu

Terdapat darah pada sisi kepala dan telinganya.

Trump sedang berucap apabila dia menyentuh sebelah mukanya ketika bunyi mirip tembakan kedengaran pada perhimpunan tersebut.

Beliau kemudian menundukkan dirinya, manakala ejen-ejen Perkhidmatan Rahsia bergegas ke pentas dan mengelilingi Trump.

Pemimpin itu segera diiringi menuju ke sebuah kenderaan yang sedang menunggu.

Pada masa yang sama, jeritan orang ramai yang hadir pada perhimpunan itu jelas kedengaran. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI