fbpx

Dua beradik penuh kesan cedera disyaki didera bapa tiri, ibu kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

 

KEMAMAN – Seorang buruh kontrak dan isterinya ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan dakwaan mendera dua anak mereka berusia enam dan tujuh tahun di Jalan Jabur Kubur, Chukai di sini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, lelaki berusia 30 tahun yang merupakan bapa tiri, manakala isterinya berumur 26 tahun iaitu ibu kandung kanak-kanak malang itu ditahan pukul 8 malam tadi.

“Siasatan awal mendapati dua kanak-kanak tersebut dipukul kedua-dua suspek di hadapan rumah mereka pada pukul 5 petang tadi. Anggota polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima aduan daripada seorang individu yang mendakwa melihat kejadian tersebut.

“Hasil pemeriksaan awal pada kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan adik perempuannya menjumpai kesan kecederaan lama dan baru pada hampir keseluruhan anggota tubuh mereka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Hanyan berkata, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kemaman di sini untuk menerima rawatan, manakala bapa tiri dan ibu kandung mangsa ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI