fbpx

Lelaki pengsan tengok bekas kekasih berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING  – Seorang pengantin wanita terkejut apabila bekas teman lelakinya yang tidak diundang, tiba-tiba hadir dan pengsan semasa majlis perkahwinan berlangsung, lapor saluran berita Tribunnews semalam.

Satu klip video memaparkan lelaki itu pengsan ketika pasangan pengantin baharu memberikan ucapan di hadapan tetamu.

Majlis yang berjalan dengan lancar pada awalnya, bertukar huru-hara apabila tetamu lari dalam ketakutan kerana terkejut.

Lebih mengejutkan apabila lelaki terbabit tidak menerima undangan.

Dia kemudian diberikan bantuan kecemasan (CPR) sebelum dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan perubatan.

Kejadian dilaporkan berlaku di wilayah Hunan, China.

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan rata-rata, netizen berang dengan tindakan lelaki itu.

“Seharusnya dia tidak hadir ke majlis perkahwinan bekas kekasihnya. Bukankah dia tidak diundang?” kata netizen.

“Dia sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan pengantin wanita. Dia hanya burukkan suasana,” kata netizen lain. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI