fbpx

Fadhlina akan turun ke sekolah pantau pelaksanaan Inisiatif Beban Tugas Guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina

BANGI – Menteri Pendidikan bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan (KPM) akan turun ke sekolah untuk memantau perlaksaaan tujuh Inisiatif Beban Tugas Guru.

Memaklumkan perkara itu, Fadhina Sidek berkata, langkah tersebut diambil bagi memastikan inisiatif ini dikuat kuasakan di sekolah demi memastikan manfaat semua guru.

“Saya dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) akan turun sendiri ke sekolah bagi melihat bagaimana inisiatif tujuh langkah mengurangkan beban tugas guru dilaksanakan serta cabarannya,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir ke Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Jubli Emas Penubuhan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) di sini semalam.

Fadhlina berkata, pada Sambutan Hari Guru yang lalu, KPM telah mengumumkan untuk membangunkan Indeks Kesejahteraan Guru (IKG).

Katanya, ia bagi melihat isu-isu kesejahteraan guru, domain- domain yang terkait serta intervensi penting untuk terus menjaga kesejahteraan guru.

“Untuk makluman, proses pembangunan IKG sedang berlangsung. Cadangan domain yang terkandung dalam indeks ini telahpun dikenal pasti berdasarkan kepada profiling kesejahteraan psikologi guru KPM dan kajian-kajian akademik yang lain,”katanya.

Tambah beliau, KPM juga sedang giat melaksanakan agenda Reformasi Pendidikan yang dipacu oleh enam hala tuju antanya pendidikan digital dan pemerkasaan kurikulum Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Tiga lagi hala tuju katanya adalah memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), perluasan dan pengukuhan prasekolah dan pelan pendidikan dan intervensi kurikulum persekolahan.

“Setiap hala tuju ini diterajui oleh Task Force masing-masing yang dianggotai oleh Bahagian-bahagian serta agensi di dalam KPM.

“Penubuhan Task force adalah untuk memastikan gerak kerja dan pelaksanaan pemerkasaan hala tuju negara ini komprehensif, progresif, dinamik, berkualiti dan relevan,”ujarnya.

Dalam ucapan itu juga, Fadhlina turut memaklumkan bahawa bercadang untuk menambahbaik struktur perjawatan pentadbir, iaitu Guru Besar (GB) dan Guru
Penolong Kanan (GPK) melalui cadangan Model Sekolah dengan penetapan gred fleksi sehingga DG54.

“Ia bagi memastikan kedudukan pentadbir sekolah sentiasa terpelihara di samping mengekalkan keharmonian dalam kalangan warga sekolah,”ujarnya.

Pada masa sama, Fadhlina turut menasihatkan semua guru untuk berhati-hati dengan skim penipuan dalam talian.

“NUTP perlu memainkan peranan penting untuk memberi kesedaran kepada guru mengenai bahaya penipuan dalam talian,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI