fbpx

Warga emas didakwa tipu pelaburan getah, balak lebih RM800,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHE Hassan Che Ismail (kiri) mengaku tidak bersalah atas 48 tuduhan menipu di Mahkamah Majistret Pasir Mas hari ini.

PASIR MAS – Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas 48 pertuduhan menipu pelaburan melibatkan projek getah dan balak berjumlah RM841,758 pada 10 tahun lalu.

Tertuduh, Che Hasan Che Ismail, 62, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Pendaftar Mahkamah, Rozaidi Yaacob.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-48 tertuduh didakwa telah memperdaya Jusoh Awang Samah, 82, untuk menyerahkan wang tunai supaya mempercayai wujudnya projek getah dan balak bernilai RM841,758.

Kesalahan itu dilakukan oleh tertuduh di sebuah kedai makan di Lubok Jong di sini bermula 25 Mei 2010 hingga 27 Disember 2012.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak melebihi 10 tahun, sebat dan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hakimi Abd. Hadi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM160,000 untuk kesemua pertuduhan.

Tertuduh bagaimanapun tidak menbayar jaminan yang ditetapkan.

Mahkamah menetapkan tarikh 18 Januari depan untuk sebutan semula kes. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI