fbpx

UMNO tidak terikat bergabung dengan parti lain dalam PRU16

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (dua dari kiri) ketika hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tenggara di Dewan Sri Sayong, Felda Sungai Sayong, Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – UMNO tidak terikat dengan sebarang parti untuk bergabung dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dan tiada jaminan parti itu akan bersama dengan mana-mana gabungan politik bagi mendepani PRU16.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, UMNO ketika ini hanya terikat dengan perjanjian untuk menubuhkan kerajaan Perpaduan bagi menguruskan negara.

“Ketika ini, kita perlukan kerajaan yang kuat dan mantap,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tenggara di Dewan Sri Sayong, Felda Sungai Sayong di sini, hari ini.

Mohamad bagaimanapun berkata, perkara tersebut boleh diputuskan semasa PRU-16 nanti berdasarkan kekuatan dan jumlah kerusi dimenangi UMNO. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI