fbpx

Pemandu warga asing ‘ghaib’ selepas lori dipandu terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori 10 tan selepas terbabit dalam kebakaran pagi tadi.

 

GOMBAK – Pemandu lori warga asing bertindak melarikan diri selepas kenderaan dipandunya terbakar dalam kejadian di Jalan Indah 1, Taman Serendah, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 10.15 pagi.

“Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu bersama sebuah jentera kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian. Kejadian melibatkan sebuah lori 10 tan yang membawa muatan batu melibatkan 80 peratus terbakar,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memadamkan kebakaran.

“Api kemudiannya berjaya dikawal pada pukul 11 pagi. Kejadian bagaimanapun tidak melibatkan mangsa dan pemandu lori berkenaan dipercayai lelaki warga asing bertindak melarikan diri ketika kejadian,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI