fbpx

Perkhidmatan feri Pulau Pinang akan dimodenkan – Wee Ka Siong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) memutuskan untuk memodenkan perhidmatan feri Pulau Pinang demi keselamatan dan keselesaan penumpang.

Menterinya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, beliau menegaskan bahawa keselamatan penumpang feri menjadi keutamaan penting kementerian.

Beliau berkata, perkhidmatan feri Pulau Pinang yang menghubungkan tanah besar di Seberang Perai dengan pulau di negeri ini sejak 126 tahun lalu merupakan perkhidmatan feri paling bersejarah dalam negara.

“Oleh itu, tidak dinafikan perkhidmatan feri ini membawa nilai sejarah dan warisan yang sangat bermakna kepada Malaysia.

“Beberapa pihak melahirkan perasaan kesal di atas keputusan untuk menyediakan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang lebih selamat, cepat dan mengurangkan kos penyelenggaraan yang kian meningkat disebabkan faktor feri berusia 47 tahun yang perlu diselenggara secara purata sebulan sekali,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, beliau sudah menerangkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini berhubung perancangan kerajaan untuk menaiktaraf feri sedia ada mengambil kira keselamatan, keberlanjutan atau daya tahan dan keselamatan penumpang feri.

Ka Siong berkata, perancangan kerajaan itu bagi memastikan perkhidmatan feri ini akan terus dinikmati oleh rakyat tempatan termasuk pelancong.

Beliau berharap Kon Yeow faham hasrat kerajaan supaya perkhidmatan feri ini dapat diteruskan demi kebaikan semua pihak. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI