fbpx

Gambar jet pejuang kejar UFO didedahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan jet pejuang mengejar UFO di Tanah Tinggi Scotland. - Foto Daily Record

LONDON – Sekeping gambar menunjukkan secara jelas sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) dikejar oleh  jet pejuang didedahkan kepada umum, lapor portal berita Daily Star semalam.

Kejadian berlaku pada 4 Ogos 1990 apabila dua pekerja sebuah hotel di Tanah Tinggi Scotland yang melihat insiden itu bertindak merakamkan gambarnya.

Ia kemudian dikenali sebagai gambar UFO yang paling jelas sebelum hilang dan menjadi ‘legenda’ selama lebih tiga dekad.

Namun, seorang bekas wartawan dan ahli akademik di Universiti Sheffield Hallam, Profesor David Clarke berusaha menjejaki selama 13 tahun untuk mencari gambar itu.

Clarke berjaya menemui seorang bekas pegawai akhbar Tentera Udara Diraja Britain (RAF). Craig Lindsay yang telah menyimpannya.

Dalam gambar itu, sebuah pesawat besar seperti UFO dikejar oleh jet pejuang dari jarak dekat.

Dua pekerja itu telah memberikan gambar itu kepada akhbar Daily Record di Scotland.

Namun, ia kemudian diserahkan kepada Kementerian Pertahanan Britain di mana ia disimpan secara rahsia sehingga 2022. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI