fbpx

Jawatankuasa pantau hospital berusia ditubuhkan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah

PUTRAJAYA – Satu jawatankuasa kerja telah ditubuhkan bagi memantau serta menilai tahap keselamatan bangunan-bangunan hospital di Malaysia yang telah berusia.

Menteri Kanan Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jawatankuasa berkenaan yang baru sahaja ditubuhkan kira-kira dua minggu lalu itu akan diketuai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kajian menunjukkan bahawa bangunan hospital yang berusia melebihi 50 tahun harus diberikan perhatian memandangkan ia terdedah pada risiko kebakaran malah ada yang dikhuatiri tidak mendapat sijil perakuan daripada pihak bomba.

“Buat ketika ini baru satu mesyuarat yang diadakan sejak penubuhannya, namun diharapkan perbincangan sesama ahli di dalam jawatankuasa tersebut dapat menentukan halatujunya di masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis pelancaran Skim Perantisan Nasional di Menara Kementerian Belia dan Sukan, Presint 3, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri K. Saravanan.

Menurut Fadillah, jawatankuasa kerja tersebut tidak hanya digerakkan oleh KKM, malah ia akan turut dibantu oleh beberapa agensi lain.

“Selain KKM, jawatankuasa kerja ini juga turut dianggotai oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Kerja Raya yang akan memfokuskan pada bantuan teknikal.

“Selain memerlukan peruntukan kewangan, setakat ini cabaran lain yang harus di atasi adalah mengenalpasti lokasi pemindahan sementara untuk menempatkan wad, petugas serta pesakit bagi memberi ruang kepada kerja-kerja pemantauan serta baik pulih dilakukan,” jelas beliau. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI