fbpx

Merkuri tumpah di makmal SMK Tersang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba melakukan pembersihan merkuri di makmal SMK Tersang di Raub hari ini.

RAUB – Makmal sains Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tersang di sini, terpaksa ditutup hampir setengah jam ekoran berlaku tumpahan merkuri daripada termometer suhu, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Raub, Khairul Anuar Yaacob berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.12 pagi, sebelum menghantar lima anggota ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati guru mengarahkan makmal berkenaan dikosongkan. Pemeriksaan lanjut mendapati termometer suhu yang digunakan di makmal sekolah berkenaan terjatuh di dalam sinki sebelum pecah menyebabkan berlaku tumpahan merkuri,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit membersihkan tumpahan cecair merkuri dengan menggunakan serbuk sulfur.

Bagaimanapun, menurutnya, kejadian berkenaan tidak mengakibatkan sebarang kemudaratan kepada guru dan pelajar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI