fbpx

Payung punya pasal, geng hikers bercanggah pendapat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelancong warga Singapura yang cedera selepas tergelincir di Kilometer 8.3 ketika menuruni puncak Gunung Kinabalu baru-baru ini.

PETALING JAYA – Isu payung mencetus ‘pertikaman lidah’ dalam kalangan pendaki tempatan susulan insiden seorang pelancong warga Singapura yang cedera selepas tergelincir di Kilometer 8.3 ketika menuruni puncak Gunung Kinabalu baru-baru ini yang dikaitkan dengan penggunaan payung.

Isu timbul apabila beberapa pihak mendakwa penggunaan payung ketika mendaki gunung terutama di kawasan berangin seperti Gunung Kinabalu adalah tidak sesuai, selain boleh membahayakan pendaki.

Antara yang memberi pendapat ialah seorang pengguna Facebook dikenali Apip Embi yang merasakan pendaki sepatutnya memakai kelengkapan pendakian dan peralatan yang sesuai ketika mendaki.

“Ikut Risk Management, pendaki sepatutnya memakai hiking attire dan peralatan yang sesuai. Adatlah hujan, basah dalam adventure ni. Nama pun aktiviti lasak, kenalah lasak. Apalah sangat terbasah.

“Payung bukan peralaran mendaki dan amat tak sesuai diguna dalam situasi hujan semasa turun di kawasan puncak Kinabalu,” tulis Apip yang juga seorang pengiat aktiviti lasak.

Pandangan itu disokong Zaid Sapii yang merasakan penggunaan payung tidak patut dibenarkan ketika mendaki kecuali kepada guide yang bertugas.

“Setuju cadangan payung tak boleh dipakai kecuali oleh Guide . Guide ni mereka dah tahu selok belok kawasan dan tahu bila masa sesuai dan tidak sesuai pakai payung,” katanya.

Bagaimanapun, ramai juga pendaki lain memberi pandangan berbeza mengenai isu payung.

“Kalau tidak pernah naik Gunung kinabalu, tak payah nak komen macam kau dah conquer gunung sedunia. Kebanyakan yang guna payung di Kinabalu adalah seorang mountain guide,” tulis Refflisia Putih.

Keranji Hitam pula berpendapat payung juga boleh digunakan sebagai tongkat ketika mendaki.

“Boleh ja nak bawa payung, boleh buat tongkat.Tak ada salah orang bawa payung pun,” tulis Keranji Hitam.

“Masa saya naik Kinabalu ..guide saya pun bawa payung, Kalau saya tak laju dia guna payung untuk tarik saya terus berjalan,” jelas Percy Noheb.

Wellz Chin pula memberi pandangan berbeza dan mempersoalkan kenapa isu payung ketika mendaki diheboh-hebohkan.

“Payung pun jadi isu… Apa salah payung,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI