PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) menjangkakan cuaca cerah dan baik di seluruh negara serta sesuai untuk melakukan aktiviti bersama keluarga pagi ini.
Sementara itu, bagi cuaca sebelah petang pula, Metmalaysia menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri.
“Cuaca buruk pada sebelah petang dijangka berlaku di beberapa tempat melibatkan kawasan pedalaman Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
“Di Sabah pula melibatkan beberapa tempat di Tawau, Sandakan, Pantai Barat, Pedalaman dan Kudat, diikuti Kuching dan Limbang, Sarawak,” katanya.
Dalam pada itu, menurut Metmalaysia, ribut petir dan hujan lebat turut diramalkan melibatkan beberapa tempat di Pantai Timur Semenanjung dan Sabah.
” Hujan lebat dijangka di kawasan pedalaman Pahang, Terengganu, Kelantan dan Perak, serta diikuti Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Labuan, Sabah,” ujar Metmalaysia. – KOSMO! ONLINE