fbpx

‘Bunyi berdentum kuat, macam hujan batu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaini (gambar kecil) dan keadaan treler terbabas yang membawa muatan batu bata di KM 27.5 Arah Barat (Genting Sempah - Gombak), petang tadi.

GOMBAK – “Saya dengar bunyi berdentum beberapa kali sebelum sedar rupanya batu bata yang melayang ke kereta saya,”

Itulah luahan salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan di KM 27.5 Arah Barat (Genting Sempah – Gombak) petang tadi berpunca daripada treler membawa muatan batu bata yang terbabas.

Menurut Zaini Abidin, 40, ketika itu dirinya bersama isteri sedang berada di lorong arah bertentangan dan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke rumahnya yang terletak di Kuala Lipis, Pahang.

Katanya yang bekerja sebagai peniaga, kejadian pada pukul 3.30 petang itu berlaku dalam sekelip mata apabila dia melihat beberapa batu bata kemudiannya melayang sehingga mengenai cermin hadapan kereta dan bampar depan jenis Proton Saga miliknya.

“Ketika itu memang saya berada di lorong paling kanan dan sedang bawa laju. Tiba-tiba bunyi dentuman kuat beberapa kali seperti hujan batu. Kemudian saya sedar yang ‘terbang’ itu adalah batu bata.

“Saya dan isteri terkejut sebelum berhenti kecemasan. Kami keluar dan lihat bukan hanya satu atau dua kereta, tetapi lebih 10 kenderaan yang terkena batu bata tersebut.

“Apabila turun dan lihat, pemandu treler yang berusia 50-an itu berada dalam keadaan selamat namun mamai,” katanya ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk membuat laporan.

Tambah Zaini, punca kemalangan dipercayai pemandu treler tersebut hilang kawalan sebelum terbabas melanggar pengadang tengah sebelum menghimpap ke tepi jalan.

Setakat pukul 7 petang Kosmo berada di IPD Gombak, lebih dari lima mangsa yang mengalami kerosakan kenderaan telah hadir ke sini untuk membuat laporan.

Terdahulu, sebuah treler yang membawa muatan batu bata dilaporkan terlibat dengan kemalangan sehingga menyebabkan aliran trafik tinggi di di KM 27.5 Arah Barat (Genting Sempah – Gombak).

Tumpahan batu bata daripada treler berkenaan dari KM 31.6 hingga ke lokasi kemalangan menyebabkan lorong kecemasan, tengah dan laju terhalang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI