fbpx

Kediaman servis premium projek Arden bakal dilancar suku keempat 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allen Khong (tiga dari kanan) pada majlis pemeteraian perjanjian persefahaman untuk pembinaan projek fasa 3, One Bukit Senyum di Johor Bahru semalam.

PETALING JAYA – Astaka Holdings Limited (Astaka) pemaju hartanah bersepadu yang berpangkalan di Johor telah bekerjasama dengan anak syarikat milik penuh Kimlun Corporation Berhad (Kimlun) dan juga Seaview Holdings Sdn. Bhd. (Seaviews).

Kerjasama tersebut adalah untuk melaksanakan pembangunan Arden @ One Bukit Senyum (Arden), yang merupakan projek pertama di bawah Fasa 3 One Bukit Senyum. 

Projek Arden dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM600 juta itu akan melibatkan pembinaan 600 unit kediaman servis premium dan ia dijangka mula dilancarkan pada suku keempat tahun ini.

Fasa pertama One Bukit Senyum, The Astaka telah siap pada tahun 2018 dan ia telah berjaya mengubah latar langit Johor Bahru dengan menara ikoniknya yang setinggi 65 dan 70 tingkat.

Berdiri 1,020 kaki di atas paras laut, The Astaka diiktiraf sebagai pencakar langit kediaman tertinggi di Asia Tenggara, menarik pembeli dari 15 negara termasuk Singapura, Indonesia, China, Hong Kong, Jepun, Jerman, Brunei, dan Finland.

Selain itu, bagi fasa dua, ia melibatkan pembinaan menara pejabat setinggi 15 tingkat yang dikenali sebagai Menara MBJB berkelas A dan ia berfungsi sebagai ibu pejabat pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru. 

Pembinaan bangunan ini telah siap dan diserahkan kepada penghuninya pada Januari 2020, setahun lebih awal daripada jadual.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Astaka, Allen Khong berkata, bersama rakan kongsi, pihaknya teruja untuk memulakan satu lagi pembangunan berprestij yang akan memenuhi permintaan tinggi untuk hartanah premium yang bersempadan dengan Singapura.

“Arden akan membolehkan kami memanfaatkan kepakaran dalam segmen pasaran mewah dan memperkukuhkan reputasi kami sebagai pemaju projek hartanah ikonik. 

“Dengan menggabungkan kemampuan kami dalam pembangunan hartanah dengan Kimlun, salah satu rakan kongsi kerja kami yang paling lama dan salah satu firma pembinaan terkemuka di Johor, kami yakin bahawa pembangunan Arden akan menjadi satu lagi mercu tanda di Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Diperkenalkan pertama kali pada tahun 2014, One Bukit Senyum merupakan pembangunan hartanah besar yang dikendalikan oleh Astaka yang mana ia melibatkan kawasan seluas kira-kira 4.74 hektar.  -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI