fbpx

Tikus ‘berenang’ dalam lauk pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan tikus itu berenang di dalam periuk besar berisi lauk. - X

NEW DELHI – Sebuah klip video tular di media sosial memaparkan seekor tikus berenang di dalam periuk berisi lauk sebelum dihidangkan kepada pelajar, lapor saluran televisyen NDTV kelmarin. 

Kejadian itu dirakam oleh seorang pelajar Kolej Universiti Kejuruteraan (JNTUH) Sultanpur di negeri Telangana, India baru-baru ini. 

Menerusi rakaman dimuat naik di platform X, tikus tersebut dilihat berenang dalam hidangan yang disediakan untuk pelajar asrama. 

Perakam turut mendakwa bahawa kakitangan tidak menjaga kebersihan dan keselamatan makanan dengan baik.

Perkongsian itu tular dan meraih kira-kira 75,000 jumlah tontonan. Rata-rata, netizen berang dengan sikap petugas yang mengabaikan tanggungjawab mereka. 

“Sukar dipercayai dan tidak boleh diterima sama sekali. Pertama, kami menemui serangga dalam makanan dan kini seekor tikus, walaupun pemeriksaan telah dilakukan,” kata netizen. 

“Keadaan ini bukan baharu di JNTU Sultanpur. Bermula pada 2016 hingga 2020, hampir setiap hari kami terpaksa berdebat dengan pihak pengurusan kerana menyediakan makanan tidak berkualiti kepada kami,” kata netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI