fbpx

Dua lelaki mengaku tidak salah rogol remaja bawah umur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (kiri) berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Petani atas tuduhan merogol remaja perempuan berusia 14 tahun.

SUNGAI PETANI – Dua remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Masjistret di sini hari ini atas tuduhan merogol gadis bawah umur berusia 14 tahun dalam kejadian di Tanjung Dawai dekat sini pada 11 Disember lalu.

Tertuduh, Muhamaad Saiful Nizam Jamaludin, 19, yang bekerja sebagai nelayan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azman Abu Hassan

Sementara di Mahkamah Majistret, seorang lagi tertuduh yang masih di bawah umur berusia 17 tahun juga membuat pengakuan sama di hadapan Majistret, Nadhirah Abdul Rahim.

Tertuduh telah berhenti sekolah dan bekerja sebagai nelayan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa merogol seorang gadis bawah umur di sebuah rumah di Tanjung Dawai kira-kira pukul 9 malam, 11 Disember lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dilakukan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI