fbpx

Pembentangan Belanjawan 2025 dijangka pada 18 Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi pada sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di Kementerian Komunikasi, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membentangkan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober depan.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menerusi sidang akhbar mingguan di sini hari ini.

“Insya-Allah sidang Parlimen pada bulan Oktober akan bermula pada 14 Oktober dan Belanjawan 2025 akan dibentangkan pada 18 Oktober.

“Ini tarikh yang ada pada waktu ini, sekiranya ada apa-apa perubahan kita akan maklumkan,” katanya.

Pada Selasa, media melaporkan Belanjawan Madani 2025, yang akan dibentangkan Oktober ini, akan berpandukan kepada beberapa asas tertentu, termasuk pendekatan memacu pertumbuhan ekonomi negara dengan lebih pesat, bagi membolehkan usaha meningkatkan penyediaan kemudahan kepada rakyat.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, Belanjawan 2025 adalah belanjawan ketiga yang akan dibentangkan oleh Anwar sejak beliau menjadi Perdana Menteri pada 24 November 2022.

“Perdana Menteri baru-baru ini telah adakan sesi dialog belanjawan dan beliau telah mengarahkan agar semua menteri melaksanakan sesi dialog belanjawan di kementerian masing-masing melibatkan pemegang-pemegang taruh dalam sektor di kementerian masing-masing.

“Ini penting memandangkan ia akan dibentang pada pertengahan Oktober nanti, dan ia merupakan belanjawan ketiga yang akan dibentangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas yang pertama pada Februari 2023 dan kedua pada Oktober 2023,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI