fbpx

Harga RON95, diesel turun di Vietnam 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail beberapa penunggang motosikal di sebuah stesen minyak Hanoi. - Foto AFP

HANOI – Harga minyak petrol RON95 dan diesel turun selepas berterusan meningkat sejak awal bulan lalu, lapor laman berita VnExpress semalam.

RON95 yang merupakan bahan api popular di Vietnam turun 1.10 peratus kepada 23,290 dong (RM4.25) seliter. 

Dalam pada itu, bahan api Biofuel E5 RON92 juga menurun 0.80 peratus kepada 22,280 (RM4.06) seliter.

Minyak diesel pula jatuh 1.6 peratus kepada 20,830 dong (RM3.80) seliter.

Harga petrol global menurun antaranya disebabkan oleh kemungkinan perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza.

Amerika Syarikat (AS) pula mengalami musim pengembara yang ramai semasa kemuncak musim panas di samping konflik berterusan antara Russia dan Ukraine turut menjadi punca  harga minyak menurun, demikian menurut pihak pengawal selia bahan api tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI