fbpx

Malaysia beri ‘subsidi’ RM39 juta setahun kepada Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DR. MAHATHIR

PETALING JAYA – Malaysia memberi ‘subsidi’ RM39 juta setahun kepada Singapura kerana menjual air mentah kepada negara jiran itu pada harga 3 sen bagi setiap 1,000 gelen.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keseluruhan ‘subsidi’ air mentah Malaysia beri kepada Singapura sejak tahun 1962 berjumlah RM2.37 bilion.

“Malaysia adalah negara subsidi. Kita bukan sahaja beri subsidi kepada rakyat, tetapi juga kepada negara asing. Sehingga kini kita masih jual air mentah dengan harga 3 sen 1,000 gelen.

“Yang rugi ialah negeri Johor kerana air disedut dari sungai Johor. Nasihat saya jual air mentah Johor pada harga 3 sen 1,000 gelen sehingga kiamat,” sindirnya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Mahathir berkata, perkiraan menunjukkan yang Singapura dapat ‘subsidi’ RM39 juta setahun dari Malaysia sekiranya jualan air mentah (sebenar) berharga 45 sen untuk 1,000 gelen sehari sejak dari permulaan penjualan 250 million gelen sehari.

Menurut beliau, jumlah dari tahun 1962 hingga 2023 pula bermaksud kerajaan Malaysia telah memberi ‘subsidi’ air mentah kepada Singapura berjumlah RM2.37 bilion. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI