fbpx

Buli Esha di TikTok: Suspek wanita bebas dengan jaminan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENDIANG Rajeswary atau Esha.

KUALA LUMPUR – Suspek wanita yang ditahan berkait kes ugutan melalui aplikasi TikTok terhadap seorang pempengaruh media sosial Rajeswary Appahu, 30, atau digelar ‘Esha’, dibebaskan dengan jaminan, hari ini

Ketua Polis Daerah Sentul, Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, tindakan berkenaan diambil selepas tempoh reman wanita berusia 35 tahun itu turut tamat hari ini.

“Suspek wanita tersebut akan diberi jamin dahulu.

“Terdapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang perlu diambil tindakan selepas kertas siasatan dirujuk kepada TPR,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan, reman wanita tempatan yang ditahan berkait kes ugutan melalui aplikasi TikTok disambung dua hari lagi selepas ditahan Isnin lepas.

Difahamkan, wanita itu sebelum ini diberkas polis sekitar Rawang, Selangor, awal pagi Isnin.

Setakat ini, seramai sembilan saksi sudah memberikan keterangan dan polis menjangkakan terdapat saksi lain yang akan dipanggil.

Terdahulu, polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun berkenaan ugutan dibuat di aplikasi TikTok terhadap Esha.

Pengadu telah terlihat dua hantaran di aplikasi tersebut di bawah penama @DulalBrothers dan @Alphaquinnsha mengenai fitnah dan ugutan terhadap Esha, pada 30 Julai lalu.

Kedua-dua akaun TikTok tersebut telah menggunakan gambar Rajeswary (Esha) sebagai latar belakang kandungan video yang telah dimuat naik ke akaun masing-masing.

Kandungan tersebut juga didapati mengandungi ugutan dan ancaman kepada Rajeswary (Esha) selain menggunakan kata-kata kesat serta lucah.

Kes ini telah disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah), Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 (menyebarkan kenyataan jelik) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (kelakuan aib). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI