fbpx

Sindiket ‘calling centre’ forex tawar mangsa akaun premium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli pada sidang akhbar kejayaan JSJK di Menara KPJ Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Seramai 65 individu ditahan selepas disyaki mengoperasikan sindiket ‘calling centre’ penipuan pelaburan forex antarabangsa dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Hang Tuah, di sini, 2 Julai lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, penelitian pakar analisis dipercayai sindiket ini menjalankan aktiviti penipuan pelaburan forex.

“Bertindak atas maklumat, hasil serbuan menangkap 65 individu terdiri daripada 25 lelaki dan 26 wanita tempatan berusia antara 20 hingga 50 tahun.

“Lain-lain tangkapan membabitkan wanita Vietnam (tiga), wanita Bangladesh (seorang), lelaki Hong Kong (seorang), lelaki China (tiga, wanita China (empat), lelaki India (seorang) dan wanita Thailand (seorang),” katanya pada sidang akhbar di Menara KPJ, di sini, hari ini.

Jelas Ramli, semakan turut mendapati sindiket turut memperdaya mangsa dengan menawarkan akaun premium dan standard.

“Pelabur yang berminat boleh mengakses laman sesawang yang disediakan bagi tujuan mendaftar, membuka akaun, dan
menguruskan transaksi pelaburan mereka.

“Sehubungan itu, rampasan turut dibuat membabitkan iMac (lima), komputer riba (25), monitor (empat), modem, router, lesen DBKL (dua), sijil Labuan FSA (satu),” ujarnya.

Tambah Ramli, siasatan dengan agensi penguatkuasaan pelaburan sedang dijalankan bagi menentukan kesahihan syarikat yang mengendalikan platform pelaburan ini.

Siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan sedang dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI