fbpx

Angkasawan rakam gambar pari-pari merah dari tingkap ISS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR pari-pari merah (kanan) yang dirakamkan oleh Dominick di tepi tingkap ISS, - Foto Matthew Dominic/NASA

WASHINGTON – Seorang angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merakam gambar cahaya merah  yang menakutkan di atmosfera Bumi dari tingkap Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), lapor akhbar Daily Mail semalam.

Gambar itu dirakam  oleh Komander Misi SpaceX, Matthew Dominick pada 3 Jun lalu ketika ISS berada kira-kira 402 kilometer di atas sebuah pantai di Afrika Selatan.

Ia menunjukkan beberapa cahaya merah berbentuk urat muncul  pantas seperti kilat.

Fenomena cuaca itu dikenali sebagai pari-pari merah. 

Cahaya itu muncul pada kedudukan  tinggi di atas awan petir di bahagian atas atmosfera dikenali sebagai mesosfera yang memanjang sehingga 85.29 kilometer di atas permukaan Bumi.

NASA berharap imej itu akan menggalakkan para pemerhati langit di Bumi untuk menghantar gambar pari-pari merah yang mereka rakam untuk projek sains warga NASA dinamakan Spritacular.

“Jika ada mana-mana pakar pari-pari merah di luar sana, saya akan mendapat petua tentang cara merakam  lebih banyak imej fenomena tersebut,” kata Dominick. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI