fbpx

Sembunyi di bilik sejuk elak ditahan Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian PATI yang dicekup dalam operasi JIM Selangor sekitar Shah Alam.

SHAH ALAM – Sanggup bersembunyi dalam bilk sejuk antara tindakan terdesak dilakukan sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi mengelak dicekup pihak berkuasa, di sini semalam.

Bagaimanapun usaha tersebut gagal selepas dikesan penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor dalam lima serbuan termasuk kilang sejuk beku dan medan selera di sekitar Seksyen 2 dan Seksyen 31 bermula pukul 12 tengah hari.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairul Aminus Kamaruddin berkata, seramai 33 PATI termasuk lapan wanita berjaya ditahan hasil pemeriksaan terhadap 64 warga asing.

Katanya, pecahan PATI melibatkan seramai 15 warga Indonesia, Bangladesh (12), India (3) dan masing-masing seorang bagi warga Thailand, Syria dan Pakistan.

Sebahagian PATI yang dicekup dalam operasi JIM Selangor sekitar Shah Alam.

“Sepanjang operasi didapati ada sebilangan warga asing bersembunyi dalam bilik sejuk akibat ketakutan sebaik pegawai imigresen tiba di lokasi serbuan.

“Siasatan mendapati PATI tersebut bekerja sebagai tukang masak, jurujual pakaian dan makanan serta pembungkus kuih sejuk beku,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, kesemua PATI melakukan kesalahan masuk atau tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah selain telah tamat tempoh dibawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Jelasnya, mereka kemudiannya dihantar ke depot Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI