PETALING JAYA – Penyanyi Ismail Izzani telah mencuri tumpuan pengikutnya dalam Instagram selepas memuat naik foto membeli sehelai seluar dalam.
Apa yang menarik perhatian, penyanyi yang popular menerusi lagu Luar Biasa itu berkata kepada ibunya, Datin Suliza Salam bahawa dia kini sudah layak berkahwin kerana mampu membeli seluar dalam sendiri.
“Mama (panggilan buat ibunya), Zani (panggilan untuk Ismail) dah boleh kahwinlah sebab dah beli seluar dalam sendiri,” tulisnya.
Membalas kenyataan tersebut, ibunya membalas; “Anak bertuah, ada ke yang nak kahwin dengan sayang manja mama ni?”
Perkongsian Ismail ternyata mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminatnya pada ruangan komen foto tersebut.
Rata-rata peminat terhibur, bahkan ada juga yang kurang senang dengan perkongsian Ismail tentang gurauan yang dilakukannya.
“Kenapa tunjuk seluar dalam, tak malu ke?” kata salah seorang pengguna Instagram.
Malah ada juga komen nakal yang bertanyakan tentang saiz seluar dalam yang dipakai oleh penyanyi berusia 20 tahun itu. – K! ONLINE