fbpx

Restoran Lesung, Fairfield by Marriot Jalan Pahang tawar pilihan menu tempatan, barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada menu enak yang dihidangkan di restoran Lesung, Fairfield by Marriot Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala Lumpur kini memiliki identiti baharunya sebagai Fairfield by Marriott Jalan Pahang yang telah menjalani satu proses transformasi ke arah semangat yang le­bih bertenaga dengan menawarkan pengalaman penginapan yang mesra, santai, dan selesa kepada para pengunjungnya.

Hotel yang memiliki 186 bilik dalam pelbagai kategori seperti bilik superior corner, deluxe corner dan bilik premier yang mana setiap satu lebih luas saiznya dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

Melalui dekorasi moden dalam premis berkenaan serta disokong oleh kakitangan hotel yang ramah melalui The Fairfield Guarantee, pengunjung bakal memanfaatkan hospita­liti mesra dengan menikmati kemudahan yang lengkap.

“Hotel tersebut terletak di lokasi strategik dan mudah diakses dengan destinasi ikonik Chow Kit dan juga Kampung Baru Kuala Lumpur,” kata­nya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Restoran utama Fairfield by Marriott Chow Kit yang dikenali sebagai Lesung pula yang diperakui Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menawarkan pelbagai pilihan masakan tempatan dan hidangan klasik barat.

Selain itu, hotel tersebut te­lah mempertingkatkan per­khidmatan kepada pengunjung yang mahu menganjurkan mesyuarat, seminar atau persidangan, mesyuarat dan acara peribadi.

“Kami juga menawarkan peralatan AV terkini dan kate­ring di lokasi untuk memastikan pengalaman yang profesional dan lancar.

“Tetamu boleh memilih daripada pelbagai pilihan yang boleh disesuaikan mengikut saiz acara dan untuk memenuhi keperluan tetamu,” ujarnya.

Satu ciri istimewa di hotel berkenaan adalah surau yang telah direka indah dengan menampilkan seni bina Moorish dengan pemandangan panorama kota raya.

Ruang yang tenang ini terbuka kepada semua tetamu dan ia adalah tempat yang sempurna untuk menganjurkan majlis akad nikah, acara keagamaan kecil seperti doa selamat, bacaan Yassin atau majlis Khatam al-Quran yang boleh menempatkan seramai 50 orang dalam satu masa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI