fbpx

Pemandu peribadi didakwa reka cerita ditahan along demi RM35,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (dua dari kanan) tiba di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO! ONLINE

SEBERANG PERAI – Seorang pemandu peribadi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan cuba menipu adik lelakinya kononnya ditahan along selepas gagal melunaskan hutang RM35,000, Sabtu lalu.

Tertuduh, Ahmad Amsyar Hamizan Ahmad Azmir,19, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin@Ghani.

Remaja itu didakwa cuba menipu adik lelakinya yang berusia 17 tahun yang dia ditahan along supaya lelaki itu memindahkan wang RM35,000 ke dalam akaun miliknya.

Kesalahan itu dilakukan di Kampung Guar Kepayang, Sungai Dua, pada pukul 10.13 malam, 6 Julai lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Asma’ ‘Amira Shahidani, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 berserta syarat tambahan tidak dibenarkan mendekati pengadu sehingga kes selesai dan menetapkan 2 September depan untuk sebutan kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI