fbpx

Gempa bumi Mindanao gegarkan bangunan tinggi sekitar Kota Kinabalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga bandar raya gempar apabila beberapa bangunan tinggi sekitar Kota Kinabalu dilapor mengalami gegaran ekoran dipercayai kesan gempa bumi kuat di Mindanao, Filipina pagi tadi. Foto IHSAN MEDIA SOSIAL

KOTA KINABALU – Warga bandar raya gempar apabila beberapa bangunan tinggi sekitar Kota Kinabalu dilapor mengalami gegaran ekoran dipercayai kesan gempa bumi kuat di Mindanao, Filipina pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 10.13 pagi itu, antara bangunan yang mengalami gegaran termasuklah Menara Kinabalu, Menara Tun Mustapha, Wisma Wnaita, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Wisma Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Kejadian mengakibatkan kakitangan serta orang awam yang sedang berada di dalam bangunan berlari keluar untuk berkumpul di kawasan selamat.

Pegawai Audio Visual Bahagian Komunikasi Korporat, Kumpulan Yayasan Sabah di Menara Tun Mustapha, Azli Mohd Abu Bakar berkata, gegaran dirasai selama hampir 10 saat sebelum dia bersama rakan sekerja bergegas turun daripada bangunan pejabat mereka.

Azli berkata, semua kakitangan naik semula ke pejabat selepas 40 minit dan keadaan terkawal.

Menurutnya, pihak pengarah kemudiannya memaklumkan semua kakitangan untuk pulang lebih awal sebagai langkah keselamatan.

Sementara itu, menerusi kenyataan media dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa terbabit dikesan berlaku pada koordinat 6.1 darjah Utara dan 123.3 darjah Timur dengan magnitud 6.6 iaitu pada jarak 154 kilometer bahagian Tenggara dari Isabela City, Filipina.

Gegaran pada kedalaman 632 kilometer itu boleh dirasai di sekitar Sabah dan Labuan, namun tiada ancaman tsunami. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI