fbpx

Liga Super: Sang Kenari mahu lepas geram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEDAH dijangka merehatkan beberapa pemain utama untuk aksi Liga Super menentang KDN FC malam ini. - KEDAH DARUL AMAN FC

KEDAH Darul Aman (KDA) FC bersedia untuk menjadikan Kelantan Darul Naim (KDN) FC sebagai mangsa pada saingan Liga Super malam ini bagi menyuntik semangat menjelang aksi getir separuh akhir Piala FA minggu depan.

Ketua jurulatih Sang Kenari, Nafuzi Zain mengakui barisannya sudah mula menemui rentak kejayaan selepas berjaya menewaskan seteru tradisi, Penang FC pada suku akhir Piala FA minggu lepas.

Kata Nafuzi, keputusan tersebut membakar semula semangat pasukannya bagi memastikan misi untuk mengekalkan momentum kemenangan ketika bertemu skuad Kijang Emas nanti dapat direalisasikan.

Malah, Nafuzi percaya jika keputusan positif berjaya diraih menentang KDN FC pastinya akan menaikkan lagi semangat anak-anak buahnya yang bakal bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di separuh akhir Piala FA nanti.

“Tak kira apa sahaja kejohanan yang kita sertai, pasukan mahu melakar kemenangan dan buat masa ini, kita hanya perlu kekalkan rentak konsisten.

“Saya lihat pasukan sudah mula mendapat rentak dan momentum tersebut perlu diteruskan menentang KDN nanti. Saya rasa keputusan positif cukup penting bagi menaikkan semangat sebelum bertemu JDT,” katanya.

Sementara itu, Nafuzi tidak menolak kemungkinan untuk merehatkan beberapa pemain utama pada perlawanan di Stadium Darul Aman malam ini.

“Kita boleh lihat ada beberapa pemain agak kepenatan pada perlawanan yang lepas dan mungkin ada perubahan dalam kesebelasan utama nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI