fbpx

KPF sedang laksanakan pelan penstrukturan semula aset bernilai RM4 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Faridah (kiri) bersama Ahmad Shabery (dua dari kiri) pada sidang akhbar selepas AGM KPF di Kuala Lumpur hari ini.

PETALING JAYA – Koperasi Permodalan Felda Malaysia (KPF) sedang melaksanakan pelan penstrukturan semula aset pelaburannya untuk meme­nuhi keperluan tunai semasa dan merancang pendapatan mampan untuk jangka masa panjang.

Pengerusi KPF, Raja Faridah Raja Ahmad berkata, pihak lembaga pengarah dan pengurusannya telah merangka pelbagai inisiatif dan strategi untuk memastikan koperasi itu kekal relevan dalam memastikan dana anggotanya dan juga peneroka Felda diletakkan dalam aset pelaburan yang dapat memberi pulangan
serta kadar dividen yang lebih baik

“Pelan tindakan ini melibatkan penstrukturan semula aset pelaburan dan modal syer yang kini berjumlah RM4 bilion.

“Pelan tindakan ini juga akan memastikan aktiviti pelaburan dan perniagaan memberikan pulangan dividen yang kompetitif kepada anggota serta menyelesaikan isu pengeluaran syer anggota,” katanya.

Beliau berkata demikian pada mesyuarat agung tahunan (AGM)kali ke-43 koperasi tersebut di sini hari ini.

Selain itu, Raja Faridah menerangkan, KPF komited untuk menyelesaikan tunggakkan pe­nebusan bernilai RM200 juta.

Jelasnya, bermula 10 Julai (kelmarin), KPF telah mula membuat pembayaran sebanyak RM17 juta untuk permohonan haji, sakit kritikal, tuntutan kritikal, masalah kewangan dan juga khairat kematian.

Katanya, penebusan selebih­nya pula akan dibayar secara berkala mengikut sistem penggiliran dan ketersediaan tunai.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau akan mencari alternatif untuk menyelesaikan isu pembayaran penebusan tersebut bagi membantu KPF.

“Saya akan mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan isu penebusan tersebut selewat-lewatnya enam hingga sembilan bulan dari sekarang,” ujarnya.

Sementara itu, KPF mengumumkan kadar dividen bagi tahun ini sebanyak lima peratus dengan agihan dividen dibayar secara tunai ke dalam akaun modal syer anggota dan penge­luaran dividen dibuat secara online (e-dividen). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI