fbpx

Influencer kutip derma cecah RM3 juta sejak 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan suami isteri pempengaruh popular dibawa pegawai SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.- Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PETALING JAYA – Pasangan suami isteri yang merupakan pempengaruh serta direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam, dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak 2020.

Sumber berkata, dianggarkan kutipan derma terbabit mencecah kira-kira RM3 juta dan siasatan masih diperingkat awal.

“Suspek yang merupakan pasangan suami isteri dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak 2020 dengan menyeleweng kutipan derma yang tidak disalurkan dengan cara yang betul.

“Pada masa sama, dua lagi suspek turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes yang sama,” katanya hari ini.

Katanya, kesemua suspek iaitu tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 20-an hingga 30-an ditahan kira-kira antara pukul 6.30 petang hingga 11 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Susulan penahanan itu, kesemua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan perintah reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 14 Julai telah dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI