fbpx

Kematian 2 wanita dalam kereta diklasifikasi mati mengejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa keluar barang kes sejurus selesai proses bedah siasat di Unit Forensik HSJ, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Polis mengklasifikasikan kes kematian dua wanita yang mayat mereka ditemukan dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda WRV di Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam di sini semalam sebagai mati mengejut (SDR).

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, proses bedah siasat ke atas mayat mangsa telah selesai dijalankan di Unit Forensik, Hospital Seberang Jaya (HSJ) hari ini.

“Setakat ini polis mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai SDR (mati mengejut),” katanya ketika dihubungi pemberita di sini.

Sementara itu, jenazah wanita berusia 25 dan 32 tahun itu sudah dituntut ahli keluarga pada pukul 2 petang tadi selepas proses bedah siasat selesai dijalankan.

Jenazah dibawa pulang dengan menaiki van ke Seremban, Negeri Sembilan untuk proses pengebumian.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan satu daripada dua mayat wanita yang ditemukan dalam SUV merupakan penjawat awam.

Perkara itu disahkan salah seorang waris mangsa berusia 32 tahun di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya hari ini.

Mangsa dipercayai datang ke negeri ini bersama rakannya berusia 25 tahun dari Seremban untuk bercuti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI